Pada 23 Oktober 2019 Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM) telah mengadakan Bengkel KPM-CELCOM Siswapreneur di Bilik Seminar Kolej Canselor. Seramai 50 orang pelajar daripada pelbagai latar belakang pengajian telah terpilih untuk mengikuti program ini. Program ini adalah usahasama daripada pihak Celcom Axita Berhad, eUsahawan dan CEM UPM
Melalui perkongsian daripada En. Razi Zaidei, Ketua Pembangunan Perniagaan eUsahawan iaitu “ Introduction to Digital Entrepreneurship : Future of e-Commerce” diharapkan dapat membantu dan memberi peluang pelajar untuk menjana pendapatan tambahan semasa dalam pengajian melalui digital sebagai satu platform perniagaan mikro. Turut hadir semasa program tersebut adalah En Areehan Hj Abdullah, Ketua Tanggunjawab Korporat & Perhubungan kerjaan Celcom Axita Berhad dan Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM.
Date of Input: 25/10/2019 | Updated: 25/10/2019 | zul_mohd
Level 1, Student Complex
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor