SISWAPRENEUR ADVANCE@UPM 2018 | CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
SISWAPRENEUR ADVANCE@UPM 2018

Pengenalan Program :


Program Siswapreneur Advance@UPM merupakan satu program pembangunan keusahawanan. Terbuka kepada pelajar yang mempunyai perniagaan dalam usaha meningkatkan serta memotivasikan pelajar untuk mengembangkan perniagaan dan lebih berdaya saing. Program terdiri daripada 2 fasa iaitu fasa 1 : bengkel keusahawanan dan fasa 2 : lawatan industri, diharapkan program ini menjadi platform terbaik dalam menghasilkan graduan berfikiran kreatif serta berinovasi sejajar dengan persekitaran semasa ini. Terdapat 8 modul yang akan diberikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman agar perniagaan pelajar lebih berdaya saing.

Objektif : 
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi usahawan melalui jaringan perniagaan bersama Perusahaan kecil dan serdahana.

ii. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan lanjutan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti.

iii. Memberi ruang penglibatan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan secara langsung serta praktikal daripada usahawan sebenar.

Fasa Prgoram : 
Fasa 1 : Bengkel keusahawanan
Tarikh : 27 Oktober – 1 November 2018
Tempat: ADK

Fasa 2 : Lawatan Industri dan Creative Business Presentation
Tarikh : 23 -25 November 2018
Tempat: ADK

Untuk pendaftaran klik disini

Updated:: 04/08/2018 [zul_mohd]

MEDIA SHARING

CENTRE OF ENTREPRENEURIAL DEVELOPMENT AND GRADUATE MARKETABILITY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471319
0389471124
C1547794737