"UPM SQUAD" PROGRAM GIG ECONOMY @ MOHE

“UPM SQUAD” ditubuhkan bagi merealisasikan peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan semasa dalam pengajian (Earn & Learn) secara freelance bersama komuniti. Pendedahan awal ini diharapkan akan dapat membantu kebolehpasaran pelajar apabila mereka bergraduasi kelak.

UPM Squad adalah satu organisasi yang menjadi platform bagi para pelajar UPM untuk menjana pendapatan secara kerja sambilan dan komuniti bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh UPM Squad. UPM Squad akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar UPM agar membina kemahiran dan pengalaman bekerja dan menjadi ushawan siswa melalui bidang yang dipelajari semasa belajar di UPM. UPM Squad akan mengumpulkan seberapa ramai pelajar untuk menjalankan aktiviti menyediakan perkhidmatan yang akhirnya akan menambah ilmu, kemahiran dan pendapatan semasa belajar lagi.


OBJEKTIF

Memberi platform kepada pelajar IPT untuk menjana pendapatan semasa dalam pengajian selaras dengan inisiatif Earn & Learn.

Memberikan peluang kepada 1000 pelajar IPTA menjalankan projek melibatkan industri dan membuka peluang pekerjaan secara freelance.

Menyediakan program berstruktur kepada 1000 pelajar IPTA di dalam memastikan kebolehpasaran graduan IPT.


PENYERTAAN

Terbuka kepada semua pelajar Prasiswazah UPM (Asasi, Diploma, Ijazah).


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:

ZULKIFLI MOHAMMAD
PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & KEBOLEHPASARAN GRADUAN (CEM)
ARAS 1, KOMPLEKS MAHASISWA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR

No. Telefon : 012 - 9374587 / 03 - 89471409
Email : zul_mohd@upm.edu.my

 

Untuk daftar klik disini