UPM rangkul Anugerah Universiti Awam Paling Berkeusahawanan, 2016
KUALA LUMPUR, 26 Jan - Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya merangkul Anugerah Universiti Awam (UA) Paling Berkeusahawanan, pada majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016.
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, pada majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.
Beliau menerima geran pembangunan keusahawanan bernilai RM200,000, trofi, plak dan sijil.
Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.
Anugerah itu bertujuan menghargai inisiatif dan usaha Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan.
Antara anugerah lain yang dipertandingkan ialah:
Sementara itu Prof. Datin Paduka Dr. Aini berkata beliau bersyukur atas kemenangan UPM itu dan mengucapkan terima kasih kepada staf serta pelajar.
beliau berkata, ia menunjukkan bahawa staf dan pelajar UPM boleh mencapai pelbagai kejayaan besar termasuk dalam bidang keusahawanan.
“Saya harap semua pelajar akan sama-sama melibatkan diri dalam dalam program yang dijalankan oleh universiti. Ini akan membuatkan mereka lebih berjaya pada masa depan,” katanya. - UPM
Tarikh Input: | Kemaskini: 25/07/2019 | zul_mohd
Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor