Program NLP Keusahawanan Sosial di Jogjakarta dan Solo
Muhammad Zakaria Bin Zarkasi dan Nur Fatini Binti Muhammad Amin merupakan pelajar UPM yang telah terpilih untuk menyertai Program NLP Usahawan Siswa : Keusahawanan Sosial bertempat di Jogjakarta dan Solo, Indonesia
pada 11 - 17 Februari 2018. Program telah dianjurkan oleh Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Universiti Malaysia (MAKMUM) dan mengambil pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) sebagai salah satu pendekatan baharu dalam bidang keusahawanan. Program ini melibatkan seramai 19 pelajar dari 15 Universiti Awam dan melibatkan pegawai Eksekutif MAKMUM dan pegawai pengiring dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Program bermula dengan latihan teori NLP di Kolej Kelima, UPM selama 2 hari dan seterusnya lawatan ke Agrowisata Amanah bagi melihat keberkesanan integrated farming yang diusahakan oleh usahawan dan komuniti setempat membabitkan integrasi antara penternakan haiwan ruminan, akuakultur, perladangan, restoren, bakeri, kolam memancing dan penghasilan baja dalam satu ekosistem yang efisen.
Peserta juga didedahkan dengan pendekatan pengurusan koperasi dan aspek pembangunan serta perancangan keusahawanan yang diamalkan oleh Universiti Sebelas Maret, Solo yang berjaya melonjakkan reputasi mereka sebagai sebuah universiti berkeusahawanan yang terbaik di Indonesia dan seterusnya dibawa ke lokasi strategik keusahawanan bagi mempraktikkan pembelajaran dan penerapan NLP semasa urusniaga. Secara purata peserta mengambil pendekatan demografi dan neuro serta linguistik bagi pendekatan NLP tersebut. Peserta juga turut melakukan jualan cenderamata AirAsia semasa penerbangan balik ke Malaysia.
Tarikh Input: 28/02/2018 |
Kemaskini: 02/10/2018 | zul_mohd
PERKONGSIAN MEDIA