Kota Kinabalu, 21 Julai 2022: Mesyuarat Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Eksekutif HEPA, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 21 Julai 2022. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ahli dari universiti-universiti awam.
“Selain mesyuarat rutin MAKMUM 3 kali setahun, mesyuarat pada kali ini bertujuan untuk merangka Pelan Tindakan Strategik MAKMUM 2022-2025”, kata Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap pengerusi MAKMUM Sesi 2021/2022.
Mesyuarat pada kali ini dianjurkan secara bersama oleh Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS yang diwakili oleh pengarahnya, Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh. Semua ahli mesyuarat telah diberi peluang untuk turut serta dalam Lawatan Keusahawanan Alumni UMS iaitu Azizul Julirin yang menjalankan perniagaan tanaman sayuran salad di Aquafarm, Kundasang.
Selain itu, peserta juga melawat Ladang Sably Goat Haven, Ranau yang diusahakan oleh Sably Yusin dan Zoo Haiwan Peliharaan (Pet Zoo) - Arnab Village yang diusahakan oleh Jubair Juhinin, yang merupakan juga alumni keusahawanan UMS.
Menurut Prof. Madya. Dr. Mass Hareeza Ali, Pengarah CEM UPM, graduan UMS digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan yang berasaskan Agro Pelancongan, mirip yang diusahakan oleh Putra Science Park UPM. Ini bermaksud program Agro pelancongan mempunyai masa depan yang cerah untuk diceburi pada masa hadapan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM merangkap pengerusi MAKMUM dengan dibantu oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, CEM selaku sekretariat MAKMUM 2021/2022
Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 26/07/2022 | zul_mohd
Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor