LUDINATA KONGSI 25 TEKNIK MENULIS BERITA | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » LUDINATA KONGSI 25 TEKNIK MENULIS BERITA

LUDINATA KONGSI 25 TEKNIK MENULIS BERITA

SERDANG, 12 Februari – Bengkel PENA @CEM Siri 1, Penulisan Berita dan Kenyataan Media telah diadakan buat julung kalinya pada 12 Februari 2021 secara atas talian di aplikasi WEBEX CISCO hari ini.

Program ini dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), Ludinata bin Misnun telah berjaya menarik minat semua staf CEM yang pertama kali menghadiri program latihan dalaman yang seumpamanya itu.

Pengarah CEM, Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Ali @ Hamid berkata, program ini bertujuan untuk semua staf CEM menguasai cara menulis berita gaya akhbar dan majalah yang boleh diterbitkan terus di laman web dan media sosial CEM.

“Kita di CEM memang banyak program yang mempunyai nilai visibiliti yang tinggi. Kita berharap, semua staf sudah boleh menulis berita dengan teknik yang betul dan mudah selepas ini”, katanya.

Sementara itu, peserta program, Ahmad Fauzi Abu Bakar berkata, 25 teknik penulisan berita yang diberikan oleh penceramah sangat mudah difahami.

“Rupa-rupanya penulisan berita yang diamalkan oleh para pengamal media komersial itu tidaklah sesusah mana”, kata beliau lagi.

Bengkel PENA @CEM ini merupakan siri latihan dalaman yang dianjurkan oleh CEM untuk meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi staf dalam kerjaya.

Tarikh Input: 12/02/2021 | Kemaskini: 12/02/2021 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXFDGAT~