Celcom Planet Sdn. Bhd.
9 - 7 Mac 2018
Seramai 21 orang pelajar UPM telah diberi peluang mendapatkan pendedahan keusahawanan berkonsepkan dalam talian (online) menerusi program Latihan Siswamall KPT-CELCOM Siswapreneur@UPM anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad dan Pusat Pembangunan Keusahawanan dan kebolehpasaran Graduan (CEM).
Konsep pembelajaran online yang diadapatasi dari program Latihan Siswamall ini adalah berbeza berbanding teknik pembelajaran online yang pernah digarap oleh pihak CEM sebelum ini. Pelajar telah didedahkan secara khusus dengan teknik fotografi produk secara efektif bagi medium aplikasi jual beli barangan secara online dan mendapat persijilan khas serta akaun rasmi penjual bagi aplikasi 11street. Peserta juga mendapat akses khas bagi menggunakan studio fotografi profesional dan beberapa kemudahan kondusif yang terdapat di ibu pejabat 11street.
Tarikh Input: 22/05/2018 |
Kemaskini: 22/05/2018 | zul_mohd
PERKONGSIAN MEDIA