Noorzaeaty Maulad Mohd Khalid telah menerima Anugerah Keusahawanan Siswa UPM sempena Majlis Konvokesyen Ke-43 Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau merupakan pelajar Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) Fakulti Ekologi Manusia UPM. Pemenang menerima Wang Tunai RM5,000, Pingat Emas dan Sijil yang telah disampaikan Oleh Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sesi Pertama Pengurniaan Ijazah Majlis Konvokesyen Ke-43 UPM Di Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Semasa dalam pengajian Noorazeaty merupakan Presiden Kelab Keusahawanan Uniputra sesi 2017/2018 serta aktif dalam menjalankan perniagaan dan mempunyai syarikat Delish Chocolate. Selain itu produk coklat telah berjaya memasuki pasaran di Haji Ismail Group, Langkawi. Anugerah ini telah ditaja oleh Pengusaha Shell selama 5 tahun dan pada tahun ini merupkan tahun ke 2 penajaan oleh Pengusaha Shell.
Tarikh Input: 21/11/2019 | Kemaskini: 21/11/2019 | zul_mohd
Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor