50 SYARIKAT SEDIA 5,000 PEKERJAAN DI KARNIVAL KERJAYA WANITA MYFUTUREJOBS PERKESO 2024 | PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
» BERITA » 50 SYARIKAT SEDIA 5,000 PEKERJAAN DI KARNIVAL KERJAYA WANITA MYFUTUREJOBS PERKESO 2024

50 SYARIKAT SEDIA 5,000 PEKERJAAN DI KARNIVAL KERJAYA WANITA MYFUTUREJOBS PERKESO 2024

Kuala Lumpur, 14 Mac 2024 – Karnival Kerjaya Wanita MyFutureJobs PERKESO 2024 telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 14 Mac 2023 untuk menyediakan platform di mana individu dapat mendapatkan maklumat mengenai pelbagai peluang pekerjaan dan pembangunan kerjaya.

Nur Suhaila Juharei, Ketua Sekysen Kebolehpasaran Graduan CEM berkata peserta yang hadir telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang sepanjang 14-16 Mac 2024 oleh pihak PERKESO termasuklah sesi temuduga bersama 50 majikan, Pocket Talk Bersama Ikon Wanita Malaysia, Pendaftaran Portal MYFutureJobs dan Bimbingan Kerjaya.

“Kita di UPM amat menyokong usaha ini dan telah menggalakkan pelajar tahun akhir menghadirinya. Peserta yang hadir bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai aktiviti, malah mereka juga telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian daripada mereka yang pakar dalam bidang kerjaya.

”Aktiviti yang disusun pada program ini sangat bermanfaat dan perlu direbut oleh semua bakal pencari kerja di sini,” katanya lagi.

Salah seorang pelajar UPM, Liza Nuralyaa Natasya Binti Mohammad Fazli berkata, penglibatan lebih daripada 50 syarikat dengan peluang pekerjaan yang pelbagai memberi 1,001 peluang kepada bakal pekerja dalam memilih hala tuju pekerjaan mereka.

“Saya telah bertemu dengan ramai majikan di sini dan program sebegini mesti diteruskan lagi oleh pihak PERKESO dalam membantu pencari kerja seperti saya mendapatkan pekerjaan”, menurutnya lagi.

Program Karnival Kerjaya Wanita MyFutureJobs PERKESO 2024 ini dianjurkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 19/03/2024 | zul_mohd

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 - 9769 1121
.
SXEcFAW~