Karnival Kerjaya CE UPM EXPO ialah program yang diadakan setiap tahun dalam usaha menangani isu-isu nasional berkaitan kebolehpasaran dan daya daing graduan. CE UPM EXPO merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi Kerajaan dengan pelbagai sektor industri/swasta/NGO dalam melaksanakan satu bentuk program bersepadu melibatkan graduan dan bakal graduan UPM.
Setiap tahun program ini dilaksanakan secara fizikal untuk membuka ruang perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan kerjaya oleh syarikat-syarikat/agensi-agensi luar kepada bakal graduan, graduan UPM dan graduan IPT lain.
Pada tahun 2021, seiring dengan cabaran penularan wabak COVID-19, Universiti Putra Malaysia telah bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menganjurkan karnival kerjaya kerjaya dan keusahawanan secara dalam talian yang dinamakan sebagai Virtual CE UPM FEST MYCAREER @MOHE. Program tersebut telah mendapat sambutan luar biasa seramai 12,653 pelajar dan graduan UPM khususnya dan pelajar universiti lain amnya. Hasil daripada itu, UPM telah mencapai 95.4% kebolehpasaran graduan.
Oleh kerana negara telah berpindah ke fasa endemik COVID-19, pada tahun 2022 pula, CEM telah melaksanakan KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022 yang dilaksanakan secara fizikal buat pertama kalinya selepas pasca wabak COVID-19 dengan kerjasama PERKESO.
Objektif bagi penganjuran program ini adalah sebagai mana berikut:
Hasil daripada penganjuran program tersebut, CEM telah berupaya menarik seramai 1,190 kehadiran peserta, meskipun program tersebut diadakan dalam masa satu (1) hari sahaja. Selain itu, CEM percaya program ini juga, boleh
CEM berharap program ini dapat dilaksanakan setiap tahun tanpa gagal untuk membantu para graduan mendapatkan pekerjaan melalui saluran yang betul dan berkesan.
FAKTA ANGKA:
2021 – 12,653 pelajar hadir Program Virtual CE UPM FEST MYCAREER @MOHE 2021
2022 – 1,190 pelajar hadir Program KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN UPM x PERKESO: MYCAREER @ MOHE 2022
Tarikh Input: 26/07/2022 | Kemaskini: 27/07/2022 | zul_mohd
Aras 1, Kompleks Mahasiswa
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor