| PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Siswapreneur Advance@UPM

Ringkasan Artikel

Program Siswapreneur Advance@UPM merupakan satu program pembangunan usahawan dalam usaha meningkatkan serta memotivasikan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan. Program yang dikendalikan dengan jaringan bersama industri diharapkan menjadi platform terbaik dalam menghasilkan graduan berfikiran kreatif serta berinovasi sejajar dengan persekitaran semasa ini.

Melalui program ini pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berpeluang khususnya untuk mendekati industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mempelajari ilmu keusahawanan dan pengalaman perniagaan mereka. Penyertaan pelajar adalah terdiri daripada mereka yang telah menyertai kursus asas mengenai ilmu keusahawanan seperti Kursus StartupBiz@CEM dan telah menjalankan sebelum menyertai kursus lanjutan Siswapreneur Advance@UPM. Program ini juga dapat membantu memperbaiki perniagaan yang sedang dijalankan oleh usahawan siswa melalui modul-modul di dalam program ini. 8 modul tersebut adalah Entrepreneurial Mindset, Innovation & Creativity for Business Enhancement, Managing Fund for Siswapreneur Business Sustainability, Effective Communication for Entrepreneurs, Smart Marketing for Siswapreneur, Law & Ethics for Entrepreneurs, dan Business Etiquette and Personal Grooming.

Objektif program Siswapreneur Advance@UPM ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi usahawan melalui jaringan perniagaan bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu keusahawanan lanjutan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti seterusnya memberi ruang penglibatan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan secara langsung serta praktikal daripada usahawan sebenar.

Antara impak melalui program ini adalah industri dapat meluaskan pasaran produk kepada masyarakat, berkongsi pengalaman berniaga secara realiti bersama pelajar. Para pelajar juga berpeluang menjalinkan usahasama dengan pihak industri dan perkongsian ilmu teknologi dalam universiti dapat diamalkan yang memberi impak kepada kedua-dua pihak pelajar dan universiti.

SXDdDAI~