| PUSAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN

Seminar Transformasi Minda Keusahawanan Siswa

Ringkasan Artikel

Program Transformasi Minda Keusahawanan Siswa pelajar baharu merupakan satu program pembudayaan keusahawanan telah dijalankan pada sesi kemasukan pelajar baru di Universiti Putra Malaysia. Melalui program ini para pelajar akan didedahkan mengenai keusahawanan supaya apabila bergraduat kelak mereka tidak hanya mempunyai keinginan untuk makan gaji sahaja. Untuk mengubah pemikiran para pelajar, transformasi minda perlu dijalankan melalui pemantapan jati diri dan penerapan ciri-ciri keusahawanan.

Seminar Transformasi Minda Keusahawanan Siswa biasanya dilaksanakan dalam minggu Orientasi para pelajar baharu. Program ini membuka peluang kepada setiap PTJ untuk memberi pengenalan dan pendedahan tentang perkhidmatan CEM sebagai PTJ yang menjalankan program-program dan latihan keusahawanan bagi melahirkan usahawan siswa.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal dan maklumat tepat kepada para pelajar mengenai keusahawanan di kampus, memberi kesedaran dan kepentingan mengenai keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan selepas bergraduan, membuka minda keusahawanan di kalangan pelajar baharu di IPTA supaya bijak merebut peluang sepanjang pengajian di Universiti, serta memastikan KPI Pembudayaan Keusahawanan dikalangan pelajar baharu dapat dilaksankan secara holistik.

Program yang berbentuk penyampaian maklumat yang tepat, pameran statik dan kelinik keusahawan akan dijalankan bagi memastikan berlaku transformasi dan anjakan pemikiran mahasiswa baru supaya kesedaran awal dapat diwujudkan dalam kalangan mereka supaya kelompok usahawan yang berdaya maju pada peringkat serantau dan global dapat dilahirkan.Selain dairpada itu, kolaborasi ini diharap dapat melahirkan cetusan idea yang bernas sebagai platform untuk merealisasikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

SXETUA2~